Bila orang
bagi hadiah kita ucap “terima kasih”
Bila orang
tolong kita “kita ucap terima kasih”
Sekadar
ucapan di bibir sahaja? Sekadar cukup syarat?
Ucapan terima kasih yang
tidak bersemangat adalah seperti kata-kata yang diucapkan oleh robot. Ia tidak
menghasilkan apa-apa
Biar ucapan terima kasih kita kedengaran seperti ucapan yang
muncul daripada hati yang
IKHLAS ♥
Apa perasaan kita bila
mana kita bersusah payah menolong sesorang itu, ucapan terima kasih yang diberi
sekadar ala kadar..ada juga tanpa ucapan terima kasih.Mungkin kita tidak
mengharapkan ucapan itu, namun menjadi fitrah manusia ingin dihargai.
Besarnya impak ucapan
terima kasih dalam kehidupan seharian, tidak kira siapa pun kita, anak, suami,
isteri, yang penting kita adalah Hamba Illahi. Agak-agak hari ini sudahkah kita
ucapkan terima kasih kepada Sang Pemberi oksigen kepada kita hari ini?
Apa perasaan seorang ibu
bila mana seorang anak mengucapkan,
Terima kasih ibu kerana
membesarkan saya, dengan kucupan di pipi ibu..Masyallah pasti menitis air mata
ibu terharu.
Apa perasaan seorang guru
bila mana pelajar mengucapkan,
Terima kasih cikgu
mengajar saya selama ini, saya sangat hargainya, saya akan menjadi pelajar yang
baik..senyum memanjang cikgu dan terus mendoakan kejayaan kita..mudah bukan
mendapat berkat cikgu^^
Apakah perasaan seorang
isteri bila mana suami tercinta mengucapkan,
Terima kasih saying, selama
ini mejaga kebajikan diri abang, menjaga anak-anak kita, menjadi isteri yang
baik buat abang, abang hargainya.. isteri mana tidak akan tersentuh.
Bila mana seorang hamba
dengan rendah hati dengan penuh keikhlasan mengucapkan syukur kepada Penciptanya,
pasti keredhaan darinya menjadi balasanya. Mudah bukan menjadi hamba yang
bersyukur.
Ucapan terima kasih
kepada Allah , Alhamdulillah adalah tanda syukur dan kebahagian kita kepada
Yang Maha pemberi. Ikhlaskanlah ucapan terima kasih kita itu agar kehidupan
kita sentiasa dalam keadaan yang diredhai.
Mengapa sukar mengucapkan
terima kasih dan syukur?
Kerana keegoaan yang
meruntun jiwa..
Orang yang tinggi sifat
egonya hanya menyembunyikan sifat kejahilan dan kebodohannya.
Nauzubillah.. jauhi sifat
mazmumah..jadikan hamba yang bersyukur dan sentiasa berterima kasih dan
menghargai orang di sekeliling.
Jom Ucap terima kasih!
Alhamdullillah..terima
kasih Allah^^

No comments:
Post a Comment