Friday, 29 March 2013

Sukses VS Gagal

 Memilih untuk berjaya atau gagal semuanya di tangan anda,

"sudah nasib aku Allah tetapkan begini" Tanpa membuat apa-apa perubahan dan usaha untuk menjadi lebih baik.

sedarkah kita, kita telah menyalahkan Allah kerana menetapkan takdir kita begitu.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Berhentilah memberi alasan dan menyalahkan semua orang di atas kegagalan diri kita, tetapi berusahalah mencari jalan. Orang yang berjaya tidak suka menceritakan perihal kegagalan, sebaliknya mereka berusaha untuk membuat perubahan ke arah kebaikan.

Petikan dan adaptasi dari buku The Magic of Thinking Big, David J.Schawartz, Ph.D:

Perbezaan antara kejayaan dan kegagalan terletak pada sikap kita terhadap kegagalan, kecacatan, kekecewaan , dan segenap cabaran hidup.

5 cara bagi transformasi GAGAL kepada SUKSES

  1. KAJI-Buat kajiselidik dan kaji balik kegagalan yang kita alami. belajar dari kegagalan supaya kita akan berjaya untuk kali yang seterusnya.
  2. KRITIS-Berani bersikap kritis terhadap diri sendiri. Kenalpasti kelemahan diri dan cuba ambil tindakan untuk mengatasinya, dan tonjolkan sikap professional.
  3. STOP-hentikan tabiat suka menyalahkan nasib, kaji kegagalan dan cari punca kegagalan itu.
  4. SEDIA- bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru. Setia pada matlamat, tetapi jangan hanya setia pada satu cara atau pendekatan sahaja.
  5. INGAT- setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenal pasti hikmah yang Allah berikan, hapuskan kekecewan dari memori ingatan kita.


KAJI-------KRITIS------STOP------SEDIA----INGAT


tiada seorang pun di dunia ini yang boleh membantu kita, mereka hanya menunjukkan jalan dan cara. Tetapi tanpa tindakan dari diri sendiri ianya perkara yang sia-sia.

Tunggu apa lagi?
Jom jadi SUKSES, bukan esok, bukan lusa, tetapi sekarang,
kerana ruang dan luang masa yang Allah berikan terhampar luas,
Hanya menunggu kita menggapainya.

Alhamdullilah Terima Kasih Allah

No comments: