Friday, 29 March 2013

Sukses VS Gagal

 Memilih untuk berjaya atau gagal semuanya di tangan anda,

"sudah nasib aku Allah tetapkan begini" Tanpa membuat apa-apa perubahan dan usaha untuk menjadi lebih baik.

sedarkah kita, kita telah menyalahkan Allah kerana menetapkan takdir kita begitu.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Berhentilah memberi alasan dan menyalahkan semua orang di atas kegagalan diri kita, tetapi berusahalah mencari jalan. Orang yang berjaya tidak suka menceritakan perihal kegagalan, sebaliknya mereka berusaha untuk membuat perubahan ke arah kebaikan.

Petikan dan adaptasi dari buku The Magic of Thinking Big, David J.Schawartz, Ph.D:

Perbezaan antara kejayaan dan kegagalan terletak pada sikap kita terhadap kegagalan, kecacatan, kekecewaan , dan segenap cabaran hidup.

5 cara bagi transformasi GAGAL kepada SUKSES

  1. KAJI-Buat kajiselidik dan kaji balik kegagalan yang kita alami. belajar dari kegagalan supaya kita akan berjaya untuk kali yang seterusnya.
  2. KRITIS-Berani bersikap kritis terhadap diri sendiri. Kenalpasti kelemahan diri dan cuba ambil tindakan untuk mengatasinya, dan tonjolkan sikap professional.
  3. STOP-hentikan tabiat suka menyalahkan nasib, kaji kegagalan dan cari punca kegagalan itu.
  4. SEDIA- bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru. Setia pada matlamat, tetapi jangan hanya setia pada satu cara atau pendekatan sahaja.
  5. INGAT- setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenal pasti hikmah yang Allah berikan, hapuskan kekecewan dari memori ingatan kita.


KAJI-------KRITIS------STOP------SEDIA----INGAT


tiada seorang pun di dunia ini yang boleh membantu kita, mereka hanya menunjukkan jalan dan cara. Tetapi tanpa tindakan dari diri sendiri ianya perkara yang sia-sia.

Tunggu apa lagi?
Jom jadi SUKSES, bukan esok, bukan lusa, tetapi sekarang,
kerana ruang dan luang masa yang Allah berikan terhampar luas,
Hanya menunggu kita menggapainya.

Alhamdullilah Terima Kasih Allah

Thursday, 28 March 2013

Terima Kasih? Ada Aku Kisah





Bila orang bagi hadiah kita ucap “terima kasih”
Bila orang tolong kita “kita ucap terima kasih”
Tapi bagaimana kita mengeksperesikan ucapan terima kasih itu?


Terima Kasih Allah


Sekadar ucapan di bibir sahaja? Sekadar cukup syarat?

Ucapan terima kasih yang tidak bersemangat adalah seperti kata-kata yang diucapkan oleh robot. Ia tidak menghasilkan apa-apa


Biar ucapan terima kasih kita kedengaran seperti ucapan yang muncul daripada hati yang 
IKHLAS


Apa perasaan kita bila mana kita bersusah payah menolong sesorang itu, ucapan terima kasih yang diberi sekadar ala kadar..ada juga tanpa ucapan terima kasih.Mungkin kita tidak mengharapkan ucapan itu, namun menjadi fitrah manusia ingin dihargai.

Besarnya impak ucapan terima kasih dalam kehidupan seharian, tidak kira siapa pun kita, anak, suami, isteri, yang penting kita adalah Hamba Illahi. Agak-agak hari ini sudahkah kita ucapkan terima kasih kepada Sang Pemberi oksigen kepada kita hari ini?

Apa perasaan seorang ibu bila mana seorang anak mengucapkan,
Terima kasih ibu kerana membesarkan saya, dengan kucupan di pipi ibu..Masyallah pasti menitis air mata ibu terharu.

Apa perasaan seorang guru bila mana pelajar mengucapkan,
Terima kasih cikgu mengajar saya selama ini, saya sangat hargainya, saya akan menjadi pelajar yang baik..senyum memanjang cikgu dan terus mendoakan kejayaan kita..mudah bukan mendapat berkat cikgu^^

Apakah perasaan seorang isteri bila mana suami tercinta mengucapkan,
Terima kasih saying, selama ini mejaga kebajikan diri abang, menjaga anak-anak kita, menjadi isteri yang baik buat abang, abang hargainya.. isteri mana tidak akan tersentuh.

Bila mana seorang hamba dengan rendah hati dengan penuh keikhlasan mengucapkan syukur kepada Penciptanya, pasti keredhaan darinya menjadi balasanya. Mudah bukan menjadi hamba yang bersyukur.

Ucapan terima kasih kepada Allah , Alhamdulillah adalah tanda syukur dan kebahagian kita kepada Yang Maha pemberi. Ikhlaskanlah ucapan terima kasih kita itu agar kehidupan kita sentiasa dalam keadaan yang diredhai.

Mengapa sukar mengucapkan terima kasih dan syukur?

Kerana keegoaan yang meruntun jiwa..
Orang yang tinggi sifat egonya hanya menyembunyikan sifat kejahilan dan kebodohannya.
Nauzubillah.. jauhi sifat mazmumah..jadikan hamba yang bersyukur dan sentiasa berterima kasih dan menghargai orang di sekeliling.

Jom Ucap terima kasih!

Alhamdullillah..terima kasih Allah^^